Barzakh

بسم الله الرحمن الرحيم
Barzakh
Syeikhul Akbar Ibnu 'Arabi Muhyiddin

Barzakh ialah pengantara atau pemisah yang ma'kul(pada anggapan),  yang menceraikan dua perkara.  Barzakh itu tidak dapat diperhatikan dengan deria.   Apabila ada dua perkara bertemu bersama,  maka di situ adanya barzakh.  Barzakh itu bukan daripada Ain atau Zat kedua-dua perkara itu,  tetapi mempunyai tenaga kedua-duannya.
Oleh kerana pengantara ini adalah satu perkara yang memisahkan,
  • "Yang Diketahui" dengan "Yang Tidak Diketahui"
  • Ma'dum dengan Maujud
  • Nafi dengan Isbat
  • Ma'kul dengan Bukan Ma'kul,
maka iannya diistilahkan sebagai Barzakh.
Ianya ada dalam anggapan dan khayalan sahaja.
 
  • Jika anda kaji melalui deria,  anda tahu yang anda mengetahui sesuatu hakikat yang anda telah tahu.
  • Jika anda kaji dengan dalil,  anda akan ketahui itu adalah kosong sahaja.

Apakah yang menyebabkan anda mengisbatkan hakikat-Nya dan di samping itu menafikan pula?  Itulah khayal yang bukan ma'dum dan bukan pula wujud;  bukan "yang diketahui"  dan bukan "yang tidak diketahui";  bukan nafi dan bukan isbat.
Orang yang melihat cermin tahu yang ia melihat bayangannya.  Apabila ia datang dekat cermin itu dan meneliti dirinya dalam cermin itu,  maka ia tahu pula yang ia tidak melihat dirinya di situ.  Jika cermin itu kecil,   ia tahu bayangannya lebih besar dari apa yang dilihatnya.  Jika cermin itu besar,  dilihat bayangannya sangat besar  meskipun ia tahu dengan yakin yang bayangnya lebih kecil dari apa yang dilihatnya.  Dia tidak dapat menafikan yang ia melihat bayangannya sendiri.
Sungguhpun bayangan dalam cermin itu tidak sama besar,  apabila ia berkata bahawa dia melihat bayangannya atau pun ia berkata bahawa dia tidak melihatnya,  ia bukan bercakap benar dan bukan pula bercakap bohong.
Maka apakah itu bayangan yang dilihatnya???
  • Di manakaha ia berada???
  • Bagaimanakah keadaannya???
  • Ianya adalah yang dinafikan dan yang diisbatkan,  ada dan tidak ada,  yang diketahui dan yang tidak diketahui.

Adakah yang mempunyai hakikat kerana ia bukan tidak ada langsung"  Deria melihatnya tetapi ia bukan ada wujud hakiki.  Anda tahu pula ia maujud dan bukan semata-mata kosong sahaja.
Ke dalam hakikat seperti inilah manusia masuk dalam waktu tidur dan selepas matinya.  Dilihatnya keinginan atau nafsunya berbentuk-bentuk.  Bentuk-bentuk itu bercakap kepadanya,  dan dia pula bercakap-cakap kepada bentuk-bentuk itu seperti bercakap dengan orang-orang yang berjasad.  Orag-orang yang kashaf melihat semasa jaga apa yang dilihat oleh orang-orang yang sedang tidur dan apa yang tleah dilihat oleh orang yang telah mati. Begitu jugalah seseorang itu melihat amalnya ditimbang meskipun amal itu semata-mata kualiti sahaja tanpa berjasad.  Maut atau mati adalah hanya perkara nisbah perceraian selepas Ijtima'.
Apabila Allah memerintah yang mumkin(makhluk) menjadi apa yang telah ditentukan dalam bakat-bakatnya,  maka mereka bergegas untuk melihat apa yang memang sedia wujud;  kerana mereka berbakat untuk melihat sebagaimana juga mereka berbakat untuk mendengar.
Apabila yang mumkin terzhohir,  ianya disinari dengan cahaya.  'Adam hilang lenyap.  Yang mumkin membuka matanya dan melihat kebaikan mutlak yang sedia ada.  Tidak diketahui apakah itu.  Tidak juga dia tahu itulah yang memerintahkan supaya terzhohir.  Tajali Ketuhanan mengurniakan kepada yang mumkim(makhluk) ilmu tentang apa yang dilihat oleh mumkin;  dan bukan ilmu hakiki tentang apa yang memberi kepada mumkin itu wujudnya.
Apabila yang mumkin telah diberi cahaya,  ia pun menghadap ke kiri lalu terlihatlah 'adam.  Ia pun mula memerhatinya.  Ia adalah ibarat bayangan seseorang yang terbit dirinya apabila orang itu disinari cahaya.  Yang mumkin itu bertanya Apakah ini?".  Cahaya itu menjawab dari kanan;  "Itulah dirimu!!!".
Jika anda cahaya semata-mata,  tidaklah ada bayangan ini.  Aku ini cahaya semata-mata dan Aku tidak ada bayang-bayang.  Cahaya yang ada dalam diri anda itu adalah kerana sebahagian anda menghala kepada Aku. Anda hendaklah tahu bahawa anda bukan Aku,  kerana Aku ini cahaya tanpa bayang.  Anda itu cahaya bercampur gelap,  kerana sebahagian dari anda menghala kepada Aku,  dan yang satu lagi menghala kepada 'adam.  Oleh itu anda terletak anda wujud dengan adam,  antara baik dengan jahat.  Wujud anda yang mumkin itu dibawa kepada anda oleh kerana anda melihat bayangan anda itu.  Jika anda lari dari cahaya seluruhnya,  lalu terus melihat bayangan anda,  maka anda akan tahu yang ia adalah bayangan kemungkinan anda itu.  Anda anggap itu bayang yang tidak mumkin.  Yang tidak mumkin(mustahil) dan Yang Wajib adalah dua perkara yang berlawanan dalam semua segi.
Jika Aku panggil anda,  anda tidak akan menjawab dan anda tidak dengar Aku,  kerana pandangan kepada bayangan anda itu membuat anda pekak untuk mendengar panggilan-Ku. Jangan lihat Aku sebentar,  kerana anda akan kehilangan bayangan anda dan mengatakan diri anda itu sebagai Aku.  Dengan itu anda akan mengatakan diri anda itu sebagai Aku.  Dengan itu anda akan jadi mangsa Kejahilan Jangan lihat bayangan anda seketika kerana anda akan kehilangan aku.  Anda itu pekak,  anda akan lupa dengan tujuan anda itu Aku jadikan.  Sekarang jadi ini dan sekejap lagi itu.  Allah jadikan dua mata untuk anda.  Satu untuk melihat aku dan satu lagi untuk melihat bayangan anda.  Demikianlah kami telah terangkan dua jalan;  -  Jalan cahaya dan Jalan bayangan.  Satu,  jalan syukur,  satu lagi jalan kufur.  Sesungguhnya 'adam mustahil itu adalah kegelapan dan 'adam yang mumkin pula adalah bukan kegelapan.  Oleh kerana itulah di dalam bayang ada Kerehatan Wujud.
MAUQIF HAKIKAT
Dia meletakkan aku dalam HakikatNya,  dan berkata kepadaku;
Jika Kucipta ia menjadi sebuah lautan, kau akan dihubungkan dengan kapal; dan jika kau terbuang kerana pengusiranKu,  kau akan dihubungkan dengan pengembaraan; dan jika kau bangkit atas perjalananmu,  kau akan dihubungkan dengan pantai; dan jika terhalau ke pantai,  kau akan dihubungkan dengan penamaan "hakikat" dan "laut".
Masing-masing dari dua nama ini mengundang;  dan pendengaran hilang dalam dua pengungkapannya;  dan engkau tidak akan mencapai AKU,  pun tidak akan mengembara di atas laut.
Dan kulihat kilauan cahaya sebagai kegelapan,  dan air laut sebagai batu karang.
Dan DIA berkata kepadaku;
  • Dia yang tak melihat ini,  tak terikat oleh Hakikat-KU;
  • namun dia yang melihat ini telah terikat oleh Hakikat-KU.
Barang siapa yang terikat oleh Hakikat-KU,  dan menujukan dirinya kepada selain Aku,  dia adalah kafir.  Semua pembatasan adalah tirai yang memisahkan sehingga AKU tidak nampak;  dan di situ tiada selain penglihatan dari Hakikat-KU yang menjamin penglihatan terhadapnya.
Dan kusaksikan yang tak pernah berubah;  dan DIA memberiku keadaan yang berubah-ubah di mana kulihat segala hal bahawa mereka sentiasa diciptakan.
Dan DIA berkata kepadaku;
Jangan kecualikan.  Semua yang dicipta itu tidak serupa.
Dan penglihatan dipisahkan menjadi dua bahagian;  Penglihatan mata dan penglihatan jiwa.  Lihatlah keseluruhan hatinya,  tiada bergerak ataupun mengucap.
Dan DIA berkataku;
Bagaimana kau melihatnya di hadapan penglihatan akan Hakikat-KU????
Dan kukatakan;
Dengan menggerakkan dan membuatnya mengucap.
Dan DIA berkataku;
Ketahuilah bezanya supaya kau tak rugi.
Dan DIA membuatku berpaling jauh dari Hakikat-NYA,  dan tak kusaksikan apa-apa.
Dan DIA berkataku;
Kau melihat segala hal,  dan segala hal patuh kepadamu,  dan penglihatanmu atas segala hal adalah ujian,  dan kepatuhan segala hal kepadamu juga adalah ujian.
Dan DIA membuatku berpaling dari semua itu.  Dan DIA berkata kepadaku;
Semua dari itu tak kuacuhkan,  kerana ia tak pantas bagi-KU.
DARI AKU UNTUK AKU

Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang berfikir serta memahaminya.(Al-Rad:4) 

Mujahadah ialah permainan kanak-kanak, dan memerhatikan yang Allah ada di mana sahaja adalah perjuangan.
Ucapan sebegini telah beberapa kali disinggung dalam beberapa tulisan di laman engkau.  Mungkin telah ramai yang telah dibukakan Allah dalam memahami dan mengamalkannya.
Berkatalah Aku kepada Aku
................Dalam memahaminya,   apa yang diharapkan agar engkau menyedari mana satu permainan budak-budak kecil dan mana satu urusan orang-orang tua.  Tua-mudanya pula bukan diukur pada umur atau bentuk fizikalnya tetapi bergantung kepada bakat-bakat yang terpendam di A'yan Sabitah.  Yang kanak-kanak,  ikutlah jalan kanak-kanak.  Dengan cakap wali(penjaga/ibu-bapa)engkau.  Yang tua ikutlah caranya sendiri,  dengan aqal sempurna yang diberikan.  Inilah jalan yang lurus,  jalan yang tidak dimurkai,  jalan yang tidak disesati
Jalan inilah yang kau lafazkan berulang-ulang kali terutama semasa kamu bersholat.  Jalan inilah yang kau minta ditunjukkan,  minta dilorongkan,  minta dibimbingi,  dan minta dibukakan dengan berulang-ulang pada setiap hari.  Sungguhpun kau tidak nampak dengan jelas jalan itu;  sungguhpun kau tidak berapa faham mengenai jalan tersebut,  namun yang pastinya kau telahpun diletakkan atas jalan itu. Telahpun diluluskan jalan yang kau lalui itu.  Dari dulu lagi kau bertindak,  kau bergerak,  kau berusaha,  kau bertadbir dengan jalan yang diluluskan dan dikhaskan untuk kau.
Sesungguhnya,  Ilmu Yang Qadim itu telah Menentukan dan Menetapkan jalan yang akan kau lalui kini.  Mana mungkin kelulusan jalan engkau itu boleh berubah dari telah sedia Qadim itu?.   Ianya mempunyai Yang Wajibal Wujud(Yang Pasti Ada) pada satu sisi dan yang mumkin pada sisi yang lain.  Jika engkau melalui mana-mana sisi,  engkau akan dapati WujudNya Allah.  Dan ini adalah kekal dalam kekal dan fana dalam fana.  Hakikat tidak dicipta oleh Yang Menjadikan;  Perbuatan Si Pembuat tidak berlawanan dengan "bakat-bakat" yang terpendam itu.
"Kamu dahulunya mati,  maka diberiNnya kamu hidup(Al-Baqarah:28).
Yang engkau nak ikutkan sheikh itu,  sheikh ini,  guru itu,  guru ini,......... ikutlah mereka,  tetapi jangan kacau pula urusan orang-orang tua.  Mereka tidak ada syeikh yang menjadi tempat ikutan,  tetapi bahkan sedang berada dalam keadaan jalan mereka.  Biarkan mereka dengan urusan mereka;  dengan jalan mereka yang tersendiri.  .  Budak-budak mana tahu urusan orang tua kerana orang tua jauh fikirannya,  banyak perkiraannya dan banyak tanggungjawabnya.  Engkau ada jalan yang diuntukkan untukmu tersendiri.  Pergilah bermain-main dengan kawan-kawan kau itu.  Rasailah keseronokkan permainan itu,  tetapi jangan lupa apabila senja nanti,  cuci diri dan mandi dengan air itu.  Jangan mandi kerbau tahu!!!.
Kata Aku kepada Aku lagi;
Orang tua kerjanya memerhatikan Allah.  Dia yakin yang Allah itu wujud dalam tiap-tiap sesuatu.  Dia mengamalkan keyakinan tersebut sehingga dikatakan sebagai satu perjuangan untuk menyatukan tiap-tiap sesuatu yang dipandang. Inilah urusan perjuangan mereka.   Inilah amalan mereka.  Inilah maksud yang cuba di sampaikan oleh seorang Arif;
Barangsiapa menetapkan adab kepada segala waktu,  maka sampailah ia kepada Maqam  Al-Rijal;
Maqam lelaki yang sebenar-benarnya  yakni keadaan orang -orang tua yang berjalan ikut jalannya yang lurus.   Dengan menetapkan tiap-tiap sesuatu yang banyak itu menjadi satu dalam waktu itu.  Menetapkan Waktu Titik itu,  Waktu Tulisan itu dan Waktu Lautan Dakwat itu,  semasa A'yan Saabitah dan semasa A'yan Khorijah dalam waktu yang sama,  serentak dan pada satu masa jua.  Inilah perjuangan,  inilah kesempurnaan adab orang-orang tua yang ingin Menyatukan yang banyak menjadi Satu dan melihat Yang Satu itu hal keadaanNya banyak yang tidak terjangkau.
Abu Yazid pernah berkata;
Aku sampai pada Allah dengan dua langkah.  Satu kaki atas nafsu(diriku) sendiri,  dan satu lagi di lorong yang Dicintai.
Kebanyakan orang berkata ini bererti berlawanan dengan nafsu dan mujahadah???????
Sebenarnya.......,  satu kaki itu dalam Manifestasi(Tajali) dan yang lagi satu itu dalam wujud keakuan diri.  Satu dalam memahami diri dan yang lagi satu dalam memahami Allah. (Siapa yang kenal dirinya,  kenallah pada TuhanNya).
Itulah jalan orang-orang tua.  Yang engkau nak sibukkan diri dengan permainan kamu itu,  sibuklah kerana itu adalah jalan buat kamu,  tetapi jangan dikacau dan diganggu urusan orang tua dengan halnya sendiri.  Jangan dikata mereka nyanyuk,  mereka tidak understanding,  tidak proaktif,  ketinggalan zaman atau apa-apa perkataan yang kurang beradab untuk mereka hanya dengan kerana mereka tidak mahu ikut bermain-main dengan kau atau hanya kerana kau tidak memahami urusan mereka.  Mereka tak pernah menganggu keseronokan engkau,  malah kadang-kadang tumpang seronok dengan gelagat kau.  Pergi main jauh-jauh,  dan jangan diganggu diri mereka itu.
Berkata pula yang lain bagiku;  "Hai anakku...jadikan  akan amalmu garam dan adabmu tepung."
Si A ada garamnya sendiri dengan guru ghaibnya.  Si B ada garamnya sendiri dengan ilmu diri bapak bagindo mukhtarnya,  dan si C ada garamnya sendiri dengan inkisyarnya.  Si D ada garamnya sendiri dengan Masyayeikhnya.   Demikian jua dengan Si E,  Si F dan yang lain-lainnya.  Sikit sahaja sudah cukup kerana tepung yang adapun tidaklah banyak sangat untuk dibuat kuih..
Alahai,   betapa bodohnya aku,   betapa bebalnya aku,  betapa bengongnya aku,  betapa bangapnya kerana menilik-nilik dan berbimbang untuk membanyakkan garam sehingga melupakan sesuatu yang perlu diperbanyakkan.  Terkejar-kejar ke sana ke mari,  ke hulu ke hilir,  ke bukit ke bandar mencari dan melonggokan garam sehingga lupa pada MENGISAR TEPUNG yang perlu diadun menjadikan sesuatu yang mengenyangkan.
Oooooo.  begitu.........Patutlah di dalam satu majlis kenduri dulu,  seorang tua yang kenyang berisi pernah berkata kepada kawan-kawan yang makan sehidangan dengannya;
Tidak ada wujud melainkan Allah.  "Dia" Allah terzhohir dalam bentuk "Aku".  Oleh itu memahami "Aku" sendiri adalah memahami "Dia" Allah.  Yang Mengetahui dan Yang Diketahui - "Araftu Rabbi birabbi" - Aku kenal Allah dengan Allah.
Disampuk pula oleh yang lainnya;
yang mana mengikut beliau membawa pengertian;  "Dan Dialah dalam diri kamu dan kamu tidak nampak Dia"(Az-Zaariyat:21)
Dan mencelah pula seorang yang lain dengan katanya;
Memahami atau mengetahui Allah lebih dulu dari mengetahui diri sendiri.
Dan sebelum beredar mereka sama-sama tersenyum sambil berkata;
  • Lupa akan Allah adalah lupa akan diri sendiri.
  • Lupa datang kemudian daripada tahu.
Pesan seorang kawan untuk aku;
"Jaga diri baik-baik."

PALING MERENDAHKAN DIRI
Anggaplah zat, sifat dan afaal anda sebagai Zat, Sifat dan Afaal Allah dan menjadi satu(dalam Ahadiah). Inilah jalan setengah kaum sufi dan bukan orang-orang lain (Ibrar dan Ikhtiar) yang menjalankan latihan dan mujahadah dan berkata: "Anggaplah diri anda dalam jalan Fana dan Allah dalam jalan Baqa; Diri anda - Ubudiyah(Kehambaan) dan Allah - Rububiyah(Ketuhanan). Ini adalah fahaman secara pertentangan dan bukan tujuan hadis ini. (Siapa yang kenal diri akan kenal Tuhannya).
Bukan sekadar mengagungkan jalan setengah kaum sufi itu,  dan tidaklah pula menganggap lekeh pada jalan orang-orang lain (Ibrar dan Ikhtiar).
Sekadar menyatakan
"Bilangan kunci pada peti harta menunjukkan nilai ketinggian harta di dalam peti itu.  Jalan yang berliku-liku,  menurun dan mendaki,  perompak penyamun dalam perjalanan;  membuktikan keagungan tempat yang dituju oleh si pengembara. "
Selebihnya bila banyak kunci,  maka mudahlah membuka peti harta itu mengikut mana-mana pintu yang diizinkan.
Pun begitu,  pemegang kunci itu tidak pernah lupa pada  liku-liku jalannya dan serakan jalan yang lain untuk sampai ke tempat peti harta itu.  Ini adalah kerena keagungan tempat itu adalah seumpama tebaran spektrum pada sebutir permata.  Percikan kilauannya sudah cukup memperihalkan betapa Agungnya tempat itu.
Dan ini tidaklah bertentangan sebagaimana yang pernah dipesankan oleh Sheikh Ibnu Arabi pernah menyentuh perihal isyarat ini dengan katanya;
Ahli Makrifat itu tidak mempunyai makrifat jika ia tidak mengenal Allah dari segala sudut dan dari segala arah mana saja ia menghadap.  Ahli Hakikat hanya ada satu arah iaitu ke arah Yang Hakiki itu sendiri.   "Ke mana saja kamu memandang,  di situ ada Wajah Allah" (Al-Qur-an)
"Ke mana saja kamu memandang",  sama ada dengan deria atau akal atau khayalan,  maka di situ ada Wajah Allah".  Oleh itu dalam tiap-tiap ain [di mana] ada ain (Zat Ilahi) dan semuanya adalah "La ilaha illalLah" (Tiada Tuhan Melainkan Allah).
Dan hakikat kalimah La ilaha illaLah inilah yang menjadi dasar pegangan setengah kaum sufi yang berkata; "Anggaplah zat, sifat dan afaal anda sebagai Zat, Sifat dan Afaal Allah dan menjadi satu(dalam Ahadiah).".  Kalimah hakikat  inilah juga yang ingin  dijernihkan oleh latihan zikir.  Hakikatnya adalah sama, dan jika nampak perbezaan pun kerana wujudnya tebaran cahaya spektrum pada peti harta itu.
Dan pada satu pihak yang lain,  wujudnya dua yang berbeza ini adalah kerana wujudnya tempat tegak maqam-maqamnya.  Orang yang memegang kunci peti yang bercahaya itu tidak sama pandangan dengan mereka yang masih dalam perjalanan mengikuti mana-mana cahaya yang dinampakkan kepadanya.  Berbeza pandangan-pandangan ini,  kerana berbeza-beza tempat tegaknya.  Bila berbeza-beza tempat tegaknya,  maka berbeza pulalah hal-ahwal mereka dan  idea-idea di sebalik maksud pengucapan mereka.
Fikirkan dan renungkanlah Firman Allah Taala yang bermaksud;
Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya.(Al-Rad:4)
Dengan itu jangan pula sampai tersasar pandangan mereka yang masih dalam likuan perjalanan itu hingga terlatah sehingga sanggup menutup cahaya-cahaya lain atau tergamak melontarkan kepada pemegang kunci itu kata-kata yang membatalkan adab.  Bersabarlah kerana sesungguhnya Allah itu bersama dengan orang-orang sabar.  Bila Allah bersama,  maka adalah nanti  kenyataan anugerah kurnia yang Maha Melimpah itu.
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui. (Al-Baqarah:115)
Maka Allah berfirman kepada mereka:" Matilah kamu " kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. (Al-Baqarah:243)
Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam. (Al-Baqarah:251)
"Sesungguhnya petunjuk yang sebenar benarnya ialah petunjuk Allah". (Mereka berkata pula: "Janganlah kamu percaya) bahawa akan diberi kepada sesiapa seperti apa yang telah diberikan kepada kamu, atau mereka akan dapat mengalahkan hujah kamu di sisi Tuhan kamu". Katakanlah : "Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di tangan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi pengetahuanNya. (Al-Imran: 73)
Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya dan limpah kurniaNya (yang tidak terkira), dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan ugama Islam), yang membawa kepadaNya. (An-Nissa':175)
Demikian juga,  jika difahami dengan penuh kesabaran,  maka Insya Allah kita akan menganggap kata-kata setengah kaum sufi itu;
Anggaplah zat, sifat dan afaal anda sebagai Zat, Sifat dan Afaal Allah dan menjadi satu
dan tidaklah keterlaluan,  atau paling sederhana atau mungkin kurang lagi (meminjam kata-kata seorang sahabat.  Semoga Allah memberkatinya) jika dinyatakan isyarat menjadi "satu" sebagai satu dalam Ahadiah sebagaimana berikut;
Anggaplah zat, sifat dan afaal anda sebagai Zat, Sifat dan Afaal Allah dan menjadi satu(dalam Ahadiah). Inilah jalan setengah kaum sufi dan bukan orang-orang lain (Ibrar dan Ikhtiar) yang menjalankan latihan dan mujahadah dan berkata: "Anggaplah diri anda dalam jalan Fana dan Allah dalam jalan Baqa; Diri anda - Ubudiyah(Kehambaan) dan Allah - Rububiyah(Ketuhanan). Ini adalah fahaman secara pertentangan dan bukan tujuan hadis ini. (Siapa yang kenal diri akan kenal Tuhannya).
Dasar kesederhanaan ini yang pula seakan bertentangan dengan ahli-Al-suluk ialah pada memahami isyarat berkenaan dengan maksud tujuan hadis itu.  Sebagaimana yang telah disinggung,  pertentangan kefahaman ini adalah kerana berbezanya tempat tegaknya.  Tidak menghairankan,  seorang Aulia Allah Sheikh Abdul Shomad Muhammad Soleh(Tok Tabal) ada  mencatatkan beberapa keterangan berkaitan dengan perbezaan ulama dalam memahami tujuan hadis tersebut dalam kitab peninggalannya "BabuHarap" di bahagian khatimah kitabnya.
Tulisan ini bukanlah ingin memperincikan keterangan-keterangan Tok Tabal berkenaan perkara tersebut, tetapi sebagai usaha untuk menyatakan kesederhaan mereka yang berkata;
Anggaplah zat, sifat dan afaal anda sebagai Zat, Sifat dan Afaal Allah dan menjadi satu(dalam Ahadiah).
Dengan memahami keseluruhan berkenaan dengan idea yang berkaitan dengan Ahadiyah atau sebaiknya Martabat Tujuh,  maka teranglah pada kita akan kesederhanaan mereka bahkan mungkin kurang lagi.  Dan perlu ditegaskan apabila kita sebut sahaja Martabat Tujuh,  bukanlah sebagaimana yang difahami oleh Ahli-Suluk sebagai Tujuh martabat nafsu.  Keterangan berkaitan dengan ini,  boleh suadara kutip dari keterangan Imam Ghazali sebagaimana yang tercatat pada Kitab Sira-Ssalikin juzuk pertama.
Dan di medan ini,  bukanlah tempat yang memadai untuk membicarakan perihal yang berkaitan dengan Martabat Tujuh yang disebut;
  • Alam Ahadiyah
  • Alam Wahdah
  • Alam Wahidiyah
  • Alam Arwah
  • Alam  Misal
  • Alam Ijsam
  • Alam Insan Yang Kamil
Tambahan adab-adabnya ialah dengan merujuk kepada ahli-ahlinya sebagaimana yang pernah dipesankan oleh Aulia Allah.  Ini adalah kerana bicaranya adalah berkaitan dengan pati Ilmu Tauhid, Ilmu Hakikat,  berkenaan dengan Hakikat Muhammadiyyah dan Hakikat Insaniyah,  A'yan Sabitah dan A'yan Khorijah serta peringkat-peringkat Musyahadah dan Tajali Allah.
Secara pengenalannya Martabat Ahdiyah yang dinamakan Martabat La Ta'Yun(martabat yang tiada nyata Hakikat Muhammadiah) dan dinamakan juga Zat Al-Mutlak atau Zat Al-Bakhat iaitu memandang dengan hati akan semata-mata Wujud Zat Allah Taala dengan tiada iktibar SifatNya dan AsmaNya dan AfaalNya dengan sekira-kira ghaib segala Alam dan dirinya(hamba) dengan memandang Allah Taala; tiada ingat dalam hatinya' hanya Allah Taala jua.
Dan martabat ini adalah Martabat Sifat Nafsiah(istilah Ilmu Usuluddin) kerana martabat Zat pada ulama Tahqiq daripada Ahli Tasauf.
Dan dengan kerana sebab-sebab inilah,  dinamakan juga Martabat Al-Itloq yakni bermaksud lepas dari sesuatu.  Dan sebahagian maksud dinamakan dengan Martabat La Ta'Yun kerena tidak ada nyata sesuatu jua pun.
 
  • Adalah misal bagi menghampirkan faham ialah Martabat Ahadiyah ini seperti kertas putih  yang lapang yang tiada di dalamnya suatu qaid jua
  • Dan dimisalkan pula Martbat Wahdah itu seumpama noktah dalam daerah bulatan yakni titik yang satu.  Maka adalah noktah ini asal bagi segala huruf yakni yang menerima lagi mengandungi segala huruf yang hendak disuratkan tetapi Ijmal yakni berhimpun di dalamnya;  dengan tiada kenyataan huruf-hurifnya..........(Petikan dari Kitab Manhalus Shofi)
Saudara harus ingat...bahawa misalan di atas adalah sebagai menghampirkan faham.  Jangan pula bersikap seperti mereka yang  menjadikan tempat tiliknya pada misalan lantas tenggelam dan tetap di dalamnya.  Tidak hairanlah,  ada yang cuba bermain-main dengan kiasan atau misalan ini yang boleh mengusutkan dan mengelirukan orang ramai.  Lihatlah contoh mereka tanpa mengira batas adab-adab mengeluarkan pertanyaan kepada umum seperti;
Titik itu apa? Apa sebelum titik itu? Dan apa pula selepas titik itu?
Semoga Allah membimbingi diriku dan saudara-saudaraku yang berhemah agar sentiasa menjaga adab-adabnya.
Dan jangan pula ada yang terasa atau tersinggung bila satu golongan mengatakan;
Mujahadah ialah permainan kanak-kanak, dan memerhatikan yang Allah ada di mana sahaja adalah perjuangan.
kerana sebelum dewasa,  kita yang kanak-kanak ini mesti beradab dengan kanak-kanak juga sebagai fitrahnya.
Dengan demikian,   bukankah paling sederhana,  atau mungkin kurang lagi mereka yang berkata;
Anggaplah zat, sifat dan afaal anda sebagai Zat, Sifat dan Afaal Allah dan menjadi satu(dalam Ahadiah).
sebagaimana yang dipandang oleh Sheikh Jalaludin Rumi sebagaimana berikut;
Orang yang mengatakan "Anal-Haqq" mengisbatkan Wujudnya Allah dan menafikan wujudnya sendiri.  Dia telah menyerahkan seluruh dirinya kepada Allah Yang Esa.  Itulah sebabnya ia berkata,  "Anal-Haqq" yang bererti ;
"Aku tidak ada apa-apa.Yang ada itu hanya Allah.  Dialah Maha Segala dan Maha Wujud".
Inilah yang dinamakan paling merendahkan diri,  paling menundukkan diri,  paling sujud kepada Yang Esa,  hingga diri sendiri tidak wujud.
 "Sesungguhnya petunjuk yang sebenar benarnya ialah petunjuk Allah". (Mereka berkata pula: "Janganlah kamu percaya) bahawa akan diberi kepada sesiapa seperti apa yang telah diberikan kepada kamu, atau mereka akan dapat mengalahkan hujah kamu di sisi Tuhan kamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di tangan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi pengetahuanNya. (Al-Imran: 73)
Sebagai kiasan antara lautan Ahdiyah dengan titikan Wahdah untuk renungan bersama
Jika anda lihat dakwat,  huruf hilang.   Jika anda lihat huruf,  dakwat hilang.

WalLlahu ta'lam A'lam
Fakir Suluk            
Jalaluddin Rumi
GUNANYA KESUSAHAN DAN KESUKARAN


Lihatlah kacang yang direbus dalam periuk.  Kacang itu naik ke atas seolah-olah melompat apabila air periuk itu panas mendidih.  Seolah-olah kacang itu berkata;
"Kenapa kau rebus aku?.  Kamu beli aku,  kemudian kamu siksa aku dalam periuk ini.....kenapa?".
Si suri rumah terus memukul dengan senduknya,  lalu berkata;
"Diam engkau dalam kuali itu baik-baik.  Jangan lari keluar.  Aku rebus engkau bukan kerana benci,  tetapi untuk menyelamatkan engkau.  Engkau akan jadi makanan,  dan akan menyerap jadi tenaga.  Kesengsaraan yang engkau deritai itu bukanlah kezaliman.  Tatkala engkau masih hijau dan segar dalam kebun,  engkau minum air di sana.  Minum air itu adalah demi untuk api.
Kasih sayang Allah mengatasi KemurkaanNya.  Kerana CintaNya itu,  kita dizhohirkan.  Tujuan itu tidak dapat direalisasikan(disedari) jika sifat-sifat basyariyah kita tidak dibersih,  dicuci,  diubah dan dicanai terlebih dahulu.
Tanpa keinginan selera,  darah dan daging tidak tumbuh.  Kalau tidak tumbuh apa yang hendak di "makan"  oleh Cinta Ilahi itu?.  Engkau akan dicuci,  dibersih,  dicanai,  barulah boleh mencapai Martabat Keruhanian Yang Tinggi.
 
  • Mula-mulanya engkau di bumi,  wahai kacang!!!
  • Kemudian engkau dimakan.
  • Engkau dicerna oleh orang yang memakan engkau,  lalu engkau menjadi tenaga -  satu unsur kejiwaan.
  • Keadaan tumbuh-tumbuhan engkau hilang dan engkau masuk ke kehidupan kemanusiaan atau kebinatangan dan menyerap dalam hidup mereka.
  • Akhirnya kembali ke dalam Sifat-Sifat Allah.
  • Engkau lahir dari Sifat-Sifat Allah  dan kembali ke dalam Sifat-Sifat Allah.

Engkau adalah sebahagian dari awan,  matahari dan bintang.  Kemudian engkau jadi hidup,  tindakan,  perkataan dan fikiran,  melalui perubahan,  peralihan yang semestinya diiring oleh penderitaan,  kesusahan dan kesengsaraan.
Oleh itu benarlah kata-kata Sufi yang Syahid,  al-Hallaj yang mengatakan;
"Bunuhlah aku wahai sahabat!!!.  Dengan mati itu akan akan hidup yang lebih baik".
Hidup baru mengganti hidup yang sekarang ini;  dan hidup itu adalah lebih baik dan lebih indah dari hidup yang sekarang.


Dan betapa bermaknanya Firman Allah Taala;
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,   (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Asy-Syar-h;  5,6)

Jalaluddin Rumi
SAHABAT YANG BERKATA 'AKU'


Seorang hamba Allah pergi ke rumah sahabat lalu mengetuk pintu. Rakannya berkata "Siapa di luar sana?" Dia menjawab;          "Aku".
Lalu berkatalah sahabatnya"Pergi kau dari sini!!!!!!!.  Di tempatku ini tidak ada ruang bagi mereka yang masih mentah(dalam bidang Tauhid,  Mengenal Diri dan Mengenal Allah).
Hamba Allah itu pun pergi dari situ dengan hati yang duka.  Setahun kemudian dia datang lagi.  Beliau mengetuk pintu rumah sahabatnya dengan hati yang berdebar-debar.
"Siapa itu?"  kata sahabatnya.
Dia menjawab dengan berhati-hati sekali "Engkau,  wahai tuan yang mengenal diri!"  kata hamba Allah itu.
Sahut rakannya,
"Oleh kerana engkau sekarang aku,  masuklah;  tidak ada tempat bagi dua "AKU" di rumah ini.  Hujung dua benang tidak dapat masuk dalam satu lubang jarum.  Oleh kerana engkau SATU,  masuklah ke lubang jarum itu".
Intaha Jalaluddin Rumi

Di rumah ini hanya ada Aku.  Hanya Aku sahaja yang boleh dimasuki.  Cuma Aku sahaja yang diktibarkan;  cuma Aku sahaja yang dimaklumkan.  Tidak ada Aku melainkan Aku.  Demikian jua,  Tidak ada Engkau Melainkan Engkau.  Di dalam rumah Keesaan ini tidak ada ruang untuk berbilang-bilang sebagaimana yang anda sangkakan.  Di sini Aku hanya sedar akan wujudnya Aku sahaja.  Aku hanya sembah Yang Esa itu.  Aku bukannya penyembah bentuk kerana kepada penyembah bentuk,  mereka sentiasa nampak dua.
Keluarlah dari bidang kesedaran bentuk kerana apabila anda keluar dari bidang kesedaran bentuk, anda akan nampak Satu.  Sementara anda lihat bentuk sahaja,  anda nampak dua.  Janganlah tengok mata,  tengoklah sinaran dari mata itu.
Fahamilah.........dalam bidang keruhanian,  tidak ada pemisahan,  tidak ada bilangan,  tidak ada individu.  Alangkah seronoknya kesatuan sahabat dengan SahabatNya.  Tangkaplah keruhanian itu dan peluklah ia.  Hancurkan segala bentuk hingga binasa.  Galilah harta yang bernama Keesaan itu.
Bagaimanakah yang sedang bermain-main bisa memahami ini? Bagaimanakah penyembah-penyembah bentuk akan menyedari ini?
"Ana Ahmad bilal Mim"; di mana "mim" dalam Ahmad adalah punca pertentangan atau Manifestasi yang bertentangan dalam alam;  iaitu;
Dalam ketenangan laut Ahdiyah satu buih(Wahdah) timbul dan daripadanya banyak terzhohir (Wahdiyah),  yang menjadi punca sifat-sifat yang bertentangan.
Berkenaan buih ini,  seorang Aulia pernah berpesan;
Apabila laut telah melemparkan buih itu ke pantai,  katakanlah kepadanya;
"Di manakah kekuatan anda sekarang?" 
Dengarkanlah mereka menjawab;
"Tanyalah pada laut,  jangan tanya pada kami!"

SIFAT PENCELA YANG MEMBINASAKAN AMALAN
'UJUB ATAU 'AJIB
Bahagian Pertama

Yang menjadi sebab mengapa kita harus menjauhkan Ujub ialah kerena ada dua perkara;
Pertama;  Ujub itu menyebabkan terhalangnya taufiq dan menghalang ia ta'yid daripada Allah Taala.  Bila tiada taufiq dan pemeliharaan dari Allah Taala,  maka tentu akan cepatlah dan mudahlah seseorang itu mendapat kecelakaan.
Firman Allah Taala yang menjelaskan punca kekalahan tentera Islam dalam peperangan Hunain;
"Dan pada hari perang Hunain kerena kamu 'Ajib sebab ramai kamu,  maka tiada terkaya daripada kamu akan sesuatu"
Sabda Rasulullah SAW;
  • Tiga perkara yang membinasakan manusia
  • (Pertama) Kikir yang diikuti
  • (dan Kedua)  Hawa nafsu yang diikuti yakni mengikut perbuatan yang disukai oleh nafsunya
  • (dan Ketiga) 'Ajib seorang akan dirinya.
Asysya'bi berkata;
"Ada seorang bila ia berjalan dinaungi oleh awam.  Maka ketika berjalan ada orang berkata;  "Saya akan berjalan di belakang orang itu di bawah naungannya.  Tiba-tiba datang "Ujub pada orang yang bernauangan dengan awam itu dan berkata;  "Orang semacam itu akan berjalan di bawah naunganku!!!".  Maka berjalanlah keduanya,  kemudian ketika berpisah jalan,  mendadak naungan itu ikut pada orang yang dihina itu".
Kedua;  Ujub itu akan merosakkan amal sholeh.  Menghancurkan semua ganjaran pahala,  malah memadamkan cahaya mata hati.  Oleh kerana itulah,  Nabi Isa a.s  pernah bersabda;
Wahai hawarij-hawarij;  sangat banyak lampu yang padam oleh angin,  ramai ahli ibadah yang rosak oleh Ujub.
Di kalangan orang awam,  penyakit ujub ini tidaklah digeruni sangat oleh mereka.  Ini adalah kerena mereka tidak pernah punya cahaya untuk bermusyahadah dengan Allah Taala.
Berbeza dengan golongan Salikin,  'Ujub pada mereka adalah seumpama penyamun dan perompak dalam perjalanan mereka.  Mereka amat berhati-hati sekali berhadapan dengan musuhnya yang licik ini.  "Ujub boleh muncul dan menjelma secara tiba-tiba sahaja,  tidak kira di mana daerahnya,  dan dalam berbagai-bagai rupa dan bentuknya.
Pada pandangan Ahli Makrifat pula,  bala disakiti tubuh badan atau dikeji oleh manusia itu terlebih baik daripada memandangkan diri yang banyak berbuat amal('Ujub).
Tidak hairanlah Abdullah bin Mas'uud r.a. pernah berkata;
"Keselamatan dalam dua macam;  Taqwa dan niat.  Dan binasa itu juga dalam dua macam iaitu putus harapan dan 'Ujub"
Sayyidina Omar Al-Khattab pula menanggapi pula sebagai sesuatu yang menjadi terhalangnya syarat-syarat kesempurnaan ibadat sebagaimana berikut;
"Sesungguhnya kesempurnaan taubatmu,  bila engkau ingat selalu pada dosamu;  dan kesempurnaan amalmu harus menghindarkan 'Ujub;  dn kesempurnaan  Syukur ialah menyedari kekurangan-kekuranganmu".
Bukan setakat,  parasit yang merosakkan ibadat ,  hama yang menghancurkan pahala,  musuh yang  licik dan tersembunyi,  yang memadamkan cahaya mata hati,  yang membinasakan,  yang membalakan seorang hamba,  malah  seorang Aulia Allah Sheikh Abdul Malik Muhummad(Tok Pulau Manis) pernah mengisyaratkan bahawa Ujub itu boleh menjeremuskan seorang yang suka dengan nikmat ibadatnya kepada lembah Kufur Nikmat. sebagaimana berikut;
Suka dengan taat daripada sekira-kira zhohirnya(taat) daripada hamba dengan ikhtiarnya dan iradat(kehendak)nya dan haul(keupayaan)nya dan kuat(kekuatan)nya.  Maka inilah suka yang dicela;  yang ditegahkan daripadanya "Kufur Al-Nikmat".  Inilah setengah daripada 'Ajib yang membinasakan pada amal.
Sayyiditina A'isyah r.a ketika ditanya oleh seorang;  "Bilakah saya  mengetahui bahawa diriku telah berbuat baik?"  Jawabnya;  Bila kamu merasa belum baik.  Lalu ditanya lagi;  Bilakah saya mengetahui bahawa aku jahat(busuk/keliru).  Jawabnya;  Jika kamu merasa bahawa kamu sudah baik"
Umar bin Abdul Aziz jika khutbah lalu kuatir Ujub,  ia hentikan khutbahnya dan bila menulis lalu takut Ujub,  ia koyak-koyakkan tulisannya sambil membaca;  "Allahumma inni a'udzu bika min syarri nafsi" (Ya Allah,  aku berlindung kepadaMu dari kejahatan diriku).
Cukuplah sebagai menyatakan bahawa Ujub ini satu perkara yang besar.  Yang amat berbahaya. Sesuatu yang tidak boleh dipandang lekeh dan remeh,  terutamanya pada mereka yang ingin berjalan kepada Allah.  Jika yang dimaksudkan dalam beribadat akan faedah-faedahnya,
  • sedangkan sifat-sifat Ujub boleh menyebabkan tidak diberi faedah,
  • sehingga tidak berhasil baginya kebaikan sebaliknya keburukan yang diperolehi
  • malah menghapuskan terus kebaikan dan melemparkannya ke lembah Kufur Nikmat,
maka sudah sewajarnyalah kita harus berhati-hati menjaga hati dan diri daripada terlibat dengan penyakit yang rosak lagi merosakkan ini.  Allah jua yang memberikan Taufiq dan PemeliharaanNya.
Ketahuilah olehmu,  bahawasanya Ujub itu ialah menganggap agung atas amal sholeh,  ilmu yang diperbuat oleh dirinya sendiri.  Contohnya dengan mengatakan "Akulah yang paling sholeh,  tidak ada orang lain yang melebihi kesholehanku".  Menurut perkiraan si hamba bahawa yang menjadi sebab berhasilnya kemuliaan amal sholeh itu ialah dengan sebab adanya suatu perkara,  bukan dengan pengantaraan Allah,  atau dengan sebab manusia itu sendiri.
Dengan kerana inilah terkadang Ujub itu berbentuk segi tiga.  Ketiga-tiga lengkap iaitu dirinya sendiri,  makhluk dan barang.
Terkadang Ujub ini dalam rupa dua segi.  Ini berupa apabila tersuntik perasaan dan pendapatnya bahawa amal sholehnya disebabkan oleh dirinya dan harta-bendanya.  Contohnya;
  • Kalau aku tidak punya wang,  tentu tidak akan dapat naik Haji
  • Kalau aku tidak berusaha lebih,  tentu tidak akan berjaya sepertimama sekarang.
  • Kalau aku tidak mengajar mereka,  tentu mereka semua masih jahil lagi.
Kadang-kala Ujub itu tinggal iaitu dengan dirinya sendiri.  Tidak melibatkan makhluk dan benda-benda lain.  Contohnya;
  • Alangkah mulianya aku
  • Betapa rajinnya aku
  • Alangkah hebatnya aku
Kata Imam Ghazali r.a;
Hakikat 'Ujub itu ialah Takabur yakni membesarkan diri yang hasil di dalam batin dengan sebab disangka akan dirinya itu bersifat dengan sifat kesempurnaan daripada Ilmu atau daripada amal.  Maka jikalau terdapat ketakutan atas hilangnya ilmu atau amal,  tidaklah ia dinamakan Ujub.  Demikian juga jikalau suka ia akan sifat kesempurnaan dengan memandang keadaan nikmat itu daripada Allah Taala,  maka itupun tidak dinamakan Ujub.  Tetapi sekiranya dibangsakan kesempurnaan itu kepada dirinya dengan tidak bimbang akan hilangnya kesempurnaan itu dan tidak menilik akan limpah nikmat daripada Allah,  maka ini dinamakan Ujub.
Inilah penjelasan Imam Ghazali sebagaimana yang terdapat dalam Kitab Mukhtasar Ihya Ulumuddin.  Adapun yang terdapat dalam Arba'in Fi Usuluddin ialah sebagaimana berikut;
Adapun hakikat Ujub ialah melihat akan kebesaran dirinya dan sifatnya yang nyata daripada beberapa nikmat Allah Taala seperti amal atau ilmu atau lain-lainnya dan tetap hati itu suka kepada nikmat itu serta lupa ia akan idhofah nikmat itu kepada Allah yang memberi nikmat itu di samping sentosa ia daripada hilang nikmat itu daripadanya.
Di sini timbul pertanyaan.  Bagaimana bisa terjadi kekeliruan atas hamba Allah yang makrifat sampai lupa dan tidak tahu bahawa Allahlah yang memberi Taufiq kepadanya berbuat amal sholeh,  Yang Mengagungkan QadarNya dan memperbanyak pahalanya atas kurnia Tuhan???
Dalam hal ini,  dalam Kitab Minhajul 'Abidin,  Imam Ghazali ada menjelaskan bahawa dalam perkara 'Ujub ini,  manusia itu terbahagi kepada tiga golongan;
Golongan Pertama.   Ada yang ujub selama-lamanya,  sekalipun dia ingat akan adanya krunia Tuhan,  tetapi dia tetap saja ujub.  Inilah golongan Mu'tazilah dan Qadariyah. Mereka tidak memandang kepada Allah,  sebab menurut pendapat mereka itu,  bahawa kelakuan-kelakuannya adalah perbuatannya sendiri,  bukan dari Allah,  bukan dari Allah.  Ini merupakan Aqidahnya sehingga sentiasa Ujub selama-lamanya.  Mereka ingkar akan adanya pertolongan dan Taufiq dari Allah yang khusus dan juga adanya LathifNya Allah.  Hal ini disebabkan adanya syubhat yang menguasai mereka.
Dalam hal ini aku(suluk) berkata;  apa bezanya   mereka yang mengaku dan mendakwa beri'tiqadkan Ahli Sunnah Wal-Jamaah,  tetapi dalam masa yang sama mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang lebih kurang sama dengan golongan Muktazilah dan Qadariyah ini.
  • Kita yang merancang,  kita yang melaksanakan sehingga kini kita yakin kita boleh berdiri sama tegak dengan mereka yang telah maju.  Yakinlah pada diri kita sendiri dan yakinlah pada kebolehan kita.  Sememangnya kita boleh.  Kemajuan diri dan negara adalah bergantung dengan keyakinan kepada slogan "Kita boleh".
  • Jikalah aku tidak mengadakan program itu dan itu,  maka adakah kamu semua akan dapat menikmati semua kemudahan yang dinikmati sekarang ini?  Dari itu percayalah kepada aku dan golongan yang menyokongku kerana hanya mereka yang boleh membawa anda menuju ke gerbang kejayaan.
Nampak manis tetapi penuh dengan suntikan hama ujub dan tipu muslihat untuk kepentingan diri dan dunia mereka.  Yang bodoh dan tolol akan percaya kepada mereka.  Sama-sama menyuburkan menggemukkan sifat Ujub ini dalam diri mereka.  Waspadalah kepada pembawa-pembawa virus ujub dan riya ini yang berpunca dari sifat Takabur ini.
Golongan Kedua.  Golongan kedua ini adalah golongan yang ingat adanya kurnia dari Allah.  Semua perilakunya walau bagaimanapun tidak terluput dari memandang kurnia Allah.  Golongan inilah golongan yang lurus.  Tidak pernah ujub sedikitpun atas amal-amalnya.  Hal ini kerana adanya kewaspadaan hati/batin yang diberikan oleh Allah,  dan dikhususkan dengan pemeliharaan tersebut dari Allah Taala.
Golongan Ketiga.  Golongan yang campuraduk.  Kadang-kadang ujub dan kadang tidak,  iaitu umumnya Ahli Sunnah Wal Jama'ah.  Terkadang ingat akan kurnia Tuhan,  tetapi terkadang lupa.  Rasa "AKU"nya terkadang muncul secara mendadak.  Hal ini kerana kelemahan dalam ijtihad dan kewaspadaan mereka.
Sememangnya sebagai seorang manusia yang lemah,  sifat lupa dan ingat silih berganti.  Penyakit ini bukan boleh diubati semata-mata dengan ibadat yang banyak,  bukan dengan kebajikan yang banyak,  kerana ianya sesuatu hal yang bersangkutan dengan tempat tilik hati.  Jika hati sentiasa sahaja menilik diri dan amal,  maka bagaimana bisa terselamat daripada mengakui dan merasai bahawa kita yang beramal dan diri yang mengerjakannya.
Pada suatu masa Nabi Daud a.s. keluar ke pesisir untuk beribadat dan ketika telah genap setahun,  ia berdoa;  "Ya Rabbi,  Ya Tuhanku,  telah bongkok punggungku dan lemah mataku dan kering air mataku,  tetapi aku belum juga mengetahui bagaimana nasibku"
Maka Allah menyuruh katak untuk menjawab doa Nabi Daud itu.  Lalu katak berkata;
"Hai Nabi utusan Allah,  apakah anda mengungkap dan mengingat-ingatkan pada Tuhan ibadatmu yang setahun.  Demi Allah yang mengutusmu menjadi Nabi,  saya di hutan ini selama tiga puluh tahun (atau enam puluh tahun) bertasbih,  bertahmid kepada Tuhan,  sedang persendiaanku tetap gementar kerana takut kepada Tuhanku".
Maka menangislah Nabi Daud mendengar kata-kata katak yang menyedarkannya.
Itu yang berlaku pada seorang Nabi lagi Rasul.  Walaupun ianya sebagai jalan dan cara bimbingan Allah untuk mentarbiyahkan Rasul dan Nabinya,  namun iktibar dan pengajarannya adalah untuk umat dan hamba-hamba Allah yang mahu berfikir.  Yang nyatanya,  hama Ujub yang cukup bahaya ini,  bisa menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengenal taraf dan kedudukan,  maka sewajarlah bagi kita yang serba kekuangan ini mengambil usaha yang bersungguh-sungguh untuk menjauhkan penyakit ini.  Lupakan dulu seketika tilikan hati untuk mengira-ngira amal ibadat yang penuh dengan aib itu.  Lupakan dahulu perbuatan menghitung-hitung kebajikan yang bercampuraduk dengan nafsu syahwat itu.  Pendek kata lupakan dulu ketaatanmu baru dikerjakan beberapa tahun lalu untuk membuat sedikit koreksi.  Adakah hama atau parasit  'Ujub ini dalam diriku?
Untuk itu,  marilah sama-sama kita jelujuri pula perbahasan  mengenai Pokok-pokok Penyakit Ujub ini.di samping mengenal kepelbagaian wajah dan bentuknya.
Bersambung.....Insya Allah
Allahu A'lam

 Pemaparan Urusan Ghaibi
Apabila lalat tercebur dalam madu,  semua anggota badannya kaku dan tidak bergerak lagi.  Begitulah juga keadaannya ISTIGHRAQ yang bermaksud lenyap atau bersatu dengan Tuhan.  Jika anda mahu gelarkan fana pun itulah yang dimaksudkan.  Gunakan apa istilah sahaja yang anda suka seperti Ittihad atau Hulul atau Jami' atau Sakr atau Wahdatul Wujud atau lain-lain istilah lagi,  kesemuanya adalah merujuk kepada atau sebagai ingin memaksudkan tidak ada kesedaran wujudnya sendiri dan tidak ada daya usaha dan geraknya sendiri.  Tindakan yang dilakukan bukan tindakannya sendiri.  Perkataan yang terluncur keluar bukanlah atas kehendaknya sendiri.  Dia sedang tenggelam dalam lautan keesaan Tuhan.
Sekiranya ia diibaratkan masih tercungap-cungap dalam air dan berteriak "Oh,  aku tenggelam!!!" maka itu menunjukkan ia belum bersatu dengan Tuhan.  Orang yang Istighraq saja yang tahu maksud kata-kata "Anal-Haqq".
Orang yang tidak mengerti mungkin menyangka kata-kata itu keterlaluan dan membesarkan diri.  Malah ada lagi yang lebih tidak mengerti akan mengatakan kata-kata itu ada sesat atau kafir.  Padahal mengatakan "Anal-abd" (Akulah hamba iaitu hamba Tuhan) itulah yang menyombong dan membesarkan diri. Mengatakan "Anal-Haqq" itulah penyataan yang paling merendah diri dan menundukkan diri di Hadrat Tuhan.
Orang yang mengatakan "Anal-abd" mengisbatkan dua wujud iaitu Wujud Tuhan dan wujudnya sendiri.
Orang yang mengatakan "Anal-Haqq" mengisbatkan Wujudnya Allah dan menafikan wujudnya sendiri.  Dia telah menyerahkan seluruh dirinya kepada Allah Yang Esa.  Itulah sebabnya ia berkata,  "Anal-Haqq" yang bererti ;
"Aku tidak ada apa-apa. Yang ada itu hanya Allah. Dialah Maha Segala dan Maha Wujud".
Inilah yang dinamakan paling merendahkan diri,  paling menundukkan diri,  paling sujud kepada Yang Esa,  hingga diri sendiri tidak wujud.
Jadi kenapa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu sendiri tidak ada pengetahuan mengenainya?.  Bukankah erti zholim itu ialah meletakkan sesuatu bukan pada haknya(tempatnya)?.  Kamu zholim kerana kamu menuduh mereka sesat,  kamu zholim kerana kamu telah meletakkan kemuliaan Aulia Allah,  kekasih Allah,  penzhohiran Allah ditempat yang tidak sepatutnya.
Ilmu mereka tidak setanding dengan ilmu yang perolehi dari kitab-kitab atau mulut-mulut manusia.  Kamu tidak memiliki ilmu-ilmu seperti yang mereka miliki malah mereka memiliki sesuatu yang ada padamu dan sesautu yang tidak ada padamu.  Ini adalah kerana ilmu mereka di ambil terus dari Tuhan.  Apabila mereka berkata mereka berkata dengan Kalam Tuhan tetapi apabila kamu berkata,  kamu hanya mengajuk-ngajuk percakapan orang lain atau atas dorongan keegoan nafsumu.
Sedarlah bahawa pengetahuan, khayal dan kefahaman anda adalah ibarat kuda kayu yang ditunggangi oleh anak-anak untuk mainan. Ilmu orang keruhanian meninggikan peribadinya. Ilmu orang biasa jadi beban kepadanya. Allah berfirman: "seperti keldai yang membawa kitab".
Beratlah ilmu yang tidak diilhamkan olehnya, tetapi jika anda bawa ilmu bukan untuk kepentingan sendiri,  beban itu akan diringankan dan anda akan senang. Bagaimana anda boleh bebas jika tidak mabuk dengan dia???.
Wahai anda yang berpuas hati dengan tanda-tandanya saja. Dari sifat dan nama apa yang lahir? khayal semata-mata. Tetapi khayal menunjuki jalan ke Hakikat. Adakah sebarang nama tanpa yang dinama?
Naiklah melampaui nama dan huruf. Jadikan dirimu suci bersih dan lihatlah dalam hatimu semua ilmu Nabi-nabi. Tanpa kitab tanpa belajar dan tanpa guru.
Belajarlah dari bawah ilmu-ilmu mereka,  kenalilah dahulu hal-ahwal ilmu-ilmu mereka nescaya kamu akan mengerti maksud isyarat Imam Ghazalii;
Ilham adalah kesan Wahyu. Wahyu adalah penerangan Urusan Ghoibi manakala Ilham ialah pemaparannya. Ilmu yang didapati menerusi Ilham dinamakan Ilmu Laduni.
Ilmu Laduni ialah ilmu yang tidak ada perantaraan dalam mendapatkannya di antara jiwa dan Allah Taala. Ia adalah seperti cahaya yang datang dari lampu Qhaib jatuh ke atas Qalbu yang bersih, kosong lagi halus(Lathif).
Kamu jua akan memahami kata-kata Jalaludin Rumi;
Ruh dihembuskan pada tanah liat.  Dia zhohir ke dunia dalam tanah liat yang dibentuk.  Dia jadi Nuh dan masuk ke bahtera.  Dengan doanya bumi banjir.
Dia jadi Ibrahim dan masuk ke dalam api.  Api jadi sejuk dan tidak membakar.
Kemudian dia jadi Isa,  naik ke langit dan memuji TuhanNya.  Pendeknya Dialah yang datang dan pergi dalam setiap generasi.  Akhirnya Dia zhohir dalam bentuk orang Arab dan menjadi penakluk kerajaan dunia.  Dia jadi pedang di tangan Ali.  Dialah juga yang meneriakkan "Ana al-Haq" dalam bentuk manusia.  Yang naik ke tempat pembunuhan itu bukan Mansur Al-Hallaj sebagaimana sangka si bodoh.
Jalaludin Rumi tidak pernah berbohong.  Percayalah kepadanya.
Wahyu adalah penerangan Urusan Ghoibi manakala Ilham ialah pemaparannya. Inilah sebahagian daripada pemaparan Urusan Ghoibi(Wahyu) dari firman Allah;
'Lalu kami tiupkan padanya dari roh kami.'(Surah Al-Tahrim ayat 12)

HAKIKAT SEKARANG
Aulia Allah Sheikh Ahmad Al-Alawi
Penyeru kepada kehampiran Ilahi telah menyeru mereka;
"Sesungguhnya Aku bersamamu",
kerana  "ke mana sahaja kamu memandang"
di situ ada CahayaKu.  Satu dalam ZatKu.
Dalam semua perkara Aku terlihat.  Tidak lain kelihatan kecuali Aku.  Tabir makhluk Kujadikan sebagai melindungi hakikat.  Pada makhluk,  ada rahsia-rahsia yang tiba-tiba memancar keluar.
Siapa yang jahil tentang ZatKu di bawah tabirKu,  dia akan bertanya di mana Aku?.
Katakan;
Aku sentiasa ada,  di mana sahaja.  Aku tidak tertakluk kepada ruang atau lompang.  Marilah ke Hadirat Ilahi yang kekal abadi.
Adakah yang lain sekutu bagiNya?
Tidak,  Dia yang dahulu dan Dia jua yang sekarang dan yang akan datang.  Aku Yang Mutlak dan Tidak Terbatas.  "Di mana"  itu adalah hanya sebenarnya "melalui Aku sekarang".  Aku tidak tertakluk kepada tempat.
Yang paling Tinggi dan Yang Tertinggi tidak tertakluk kepada sempadan. Yang paling Rendah dan Yang Terendah tidak ada rendahnya lagi.
Aku adalah Rahsia Zat,  Harta Tersembunyi.
Tidak ada hujung bagi nafasKu,  tidak ada hujung bagi panjangKu.  Di samping tersembunyi,  Aku juga terzhohir.  Aku bertanya,  Aku menjawab.  Tidak ada lain mencelah.
Dia mengadakan kesusahan,  Dia mengadakan kedamaian.  Dia mengadakan kekuasaan,  Dia menghilangkan kekuasaan.
Aku Satu,  Tunggal,  Esa.  Meliputi,  tidak ada lompang untuk yang lain.  Di dalam Aku,  di di luarpun Aku.  Akulah di mana-mana,  bila-bila.  Adakah lain daripadaKu wujud,  kosong dari SifatKu?
ZatKU adalah zatnya wujud,  sekarang dan selalu sentiasa.  Tidak terhadnya,  Aku tidak terhad sedikitpun.  Di manakah yang lain hendak mencelah ke dalam Tidak Terhad itu?  Manakah yang lain jika semuanya diliputiNya?
Bersama dan berpisah pada dasarnya sama jua.  Melihat makhluk adalah melihat Hakikat itu.  Jika makhluk ditafsirkan sebenarnya,  tafsirnya semuanya dalam "Dia sangat hampir".
Anda berada dalam hampirNya itu. Janganlah ditempatkan Dia. ZatNya itu tidak terjangkau oleh selain daripada Dia. Tidak terjangkau dan tidak tercapai. Dia tersembunyi dalam penzhohiranNya. Hijab demi hijab menyelubungi KeagunganNya.

No comments:

Post a Comment