Usul - Kejadian

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Allah yang Maha Mengahasi dan Maha Menyayangi.
Kejadian 7 Petala Langit dan 7 Petala Bumi - I


Segala puji bagi allah taala yang tiada tuhan hanya ia jua pada azali dan tiada serta suatu jua pun dan dia tuhan yang abadi lagi sentiasa dan tiada jua pun kemudiannya dan dijadikan makhluk dan tiada hajat baginya, maka tetakala hendak menyatakan ketuhananNya, maka dijadikan nur kekasihnya dan daripada nur itulah dijadikan segala Ambia dan diringkan dengan martabatnya, da dipilih Ambia itu Nabi Allah Adam, menyatakan kekasihnya maka kerana itulah sujud sekelian Malaikat akan dia dan keluarlah ia dari syurga itu adalah didalamnya hikmat dan anugrahnya akan dia martabat yang tinggi, maka jadilah ia Khalifah di Bumi.

Maha suci Tuhan yang tinggi ketuhananya dan tiada sekutu baginya dan lagi akan di fanakan sekelian makhluk kemudian daripada dijadikan, maka dikembalikannya pula. Saksi aku bahawasaNya tiada tuhan hanya Allah yang Isa tiada sekutu baginya dan saksi aku bahawasaNya Nabi Muhammad itu hamba dan persuruhnya. Hai Tuhanku anugrahkan kiranya Rahmat atas Muhammad dan sejahterakan kiranya atas pengulu kami Muhammad yang mempunyai Uhlul Amri dan mempunyai syafaat dan rahmat dan salam atas taulannya yang baginya dengan menjagakan sehabis-habis kuasa pada menghasilkan bagi maksud iaitu keredoan Allah.

Kemudian daripada itu maka bahawasanya hamba fakir yang hina lagi daif yang harap kepada TuhanNya yang amat pengasih iaitu Al-Syekh Nurulzain bin Ali Juni ibni Muhammad Hamid Al Rohani di tempatnya Syafiee MazahabNya. Maka tetakala pada hijrah Nabi s.a.w 1040 tahun pada 6 haribulan rejab pada hari Ahad dan kemudian daripada itu pada 20 Syawal, di titahkan raja yang mulia pada fakir dengan titah tidak dapat tidak menjujungnya iaitu Sultan Iskandar sani Aliluddin, bahawasanya menjadikan satu kitab dengan bahasa jawi menghimpunkan pada segala kejdain 7 petala langit dan 7 petala bumi.

Bermula bab yang pertama pada menyatakan kejadian yang pertama dijadikan Allah Taala dan kejadian 7 petala langit dan 7 petala bumi dan barang yang takluk kepadanya didalamnya beberapa kejadian Nur Muhammad s.a.w dan yang takluk kepadanya, Telah bersabda Nabi s.a.w “adalah Allah Taala tiada suatu sertanya juapun segala persatu pada suatu”.

Hairi Aburzan Alaki berdatang sembah kepada Nabi s.a.w, Ya Rasulullah dimana Tuhan kita tetakala ia belum menjadikan makhluk, maka sabdaNya, bahawasanya adalah ia pada “Aama” tiada dibawah adanya dan tiada diatas adanya, ertinya ada ia pada ilmunya seperti Firman Allah yang maksudnya “adalah aku pada perbendaharaan yang tersembunyi maka aku kehendak dengan dia akan mengenal akan dia aku, maka aku jadikan segala makhluk supaya kenal akan daku. “Firman didalam hadis Qudsi yang maksudnya bahawasanya “Allah taala menjadikan Nyawa Muhammad s.a.w daripada Zatnya dan dijadikan sekelian alam daripada Nyawa Muhammad.” Dan lagi sabda Nabi s.a.w yang ertinya, “aku yang pertama dijadikan Allah taala dan segala mukmin itu dijadikan daripada aku.” Dan lagi firmanya dalam hadis qudsi yang ertinya “kejadian sesuatu itu kerana mu ya Muhammad dan aku jadikan engkau kerana Aku. Lagi Firmanya dalam hadis ertinya jikalau tiada engkau ya Muhammad tiada aku jadikan 7 petala bumi dan langit, sabda Nabi s.a.w adalah aku jadikan Nabi dan Adam antara air dan tanah.

Dan lagi sabda Nabi s.a.w, pertama-pertama yang dijadikan Allah Taala itu Akal, Kalam, segala Nyawa dan rohani daripada akal, kalam, roh dan roh ini kejadian Nur Muhammad s.a.w seperti sabdanya yang ertinya pertama-pertama dijadikan Allah taala itu nyawaku maka ialah sempurna cahaya seperti firman Allah taala dalam Alquran” bermula Allah Taala jua yang menyempurnakan cahaya. Bahawasanya Nur Muhammad itu dijadikan Allah Taala daripada pancaran cahaya nur Ahadnya seperti kata Shoib AlManndum, telah berdampinglah sifat Jalal dan Sifat Jamal, khaliblah sifat Jamal atas sifat Jalal maka dijadikan Allah Taala daripada sifat itu Roh Muhammad itu daripada adum kepada wujud, maka meniliklah hak Allah Taala dengan tilik Mahbah. Maka malulah ia lalu berpeluh hingga bertitisannya itu maka dijadikan Allah Taala daripada segala titisan itu nyawa segala Ambia dan nyawa segala Aulia dan Nyawa segala mukmin yang soleh dan daripada nyawa segala mukmin yang fasik dan mukmin yang fasik itu nyawa mukmin yang munafik dan kafir.

Dan dijadikan Allah taala daripada Nyawa Insan itu Nyawa segala Malaikat dan daripada Maialkat itu nyawa segala Jin dan daripada Jin itu Nyawa segala Syaitan dan daripada Syaitan itu Nyawa segala binatang dan daripada binatang itu nyawa segala tumbuhan, berlebih setengah martabat dengan setengahnya maka jadilah segala bagi Nafs segala tumbuhan dan segala unsur itu empat perkara:-

1. Hawa
2. Api
3. Air
4. Tanah

Maka adalah Akupun tinggal daripada KUN berhimpun himpun tilik kepadanya dengan tilik yang hebat maka jadilah hancur ia, setengah jadi air, setengah jadi api menghannguskan air itu maka keluarlah asap lalu naik ke udara maka daripada itulah Allah menjadikan 7 petala langit. Setelah itu maka ada lagi tinggal hawa asap itu lalu dijadikan Allah Taala akan Matahari, bulan dan bintang. Maka terbitlah daripada Nyawa lidah api itu angin, anginya itu bertiuplah diatas air itu maka jadilah daripada ombak itu biuh. Dan daripada buih itu dijadikan Allah Taalah 7 petala bumi. Maka daripada ombak itu dijadikan Allah taala segala bukit, ada lagi tinggal air itu maka dijadikan Allah Taala segala laut, maka sekeliannya dijadikan Allah Taalah didalam enam hari jua.

Satu riwayat yang mashur menyatakan, dijadikan Allah Taala sepohon kayu dan adalah pohon kayu itu empat cabang maka dinamakan Sijratul Yakin, dan dijadikan rupa Nur Muhammad itu seperti Murak maka dihantarkan akan dia diatas pohon kayu itu maka mengucap tasbihlah ia akan Allah Talah selama 70,000 tahun lamanya. Maka tetakala melihat Murak itu akan dirinya didalam hijab umpama sebaik-baik rupanya dan elok parasnya maka malulah ia akan Allah Taala lalu sujudlah ia sebanyak lima kali sujud. Maka difardukan Allah taala sembahayang lima waktu atasnya dan ummatnya . Kemudian dijadikan Allah Taala akan suatu bentuk daripada Akib yang cerah terus menerus cahayanya daripada luar hingga kedalam, maka dijadikan Allah Taalah daripada rupa Muhammad s.a.w seperti rupanya di dunia ini, maka dihantarkan rupanya itu dalam pandanganya itu lalu orang yang berdiri didalam sembahayang, maka segala Nyawa berkeliling mengucap tasbih dan tahlil selama kira-kira 100,000 tahun lamanya. Kemudian dititahkan Allah taala segala Nyawa itu menilik kepada Nur Muhammad itu, maka mereka pun meniliklah ia kepadanya. Barang siapa menilik kepada:-

1. Kepala maka dijadikan Allah Taala Khalifah dan Sultan.
2. Dahi maka dijadikan Allah Taala penghulu yang adil
3. Mata keduanya - mereka itu hafas kalam Allah
4. Pipinya – baik paras rupanya, elok kelakuannya dan amat baik Imannya
5. Telinga – mendengar perkataan yang baik dan menurut pengajaraan
6. Hidung – ali Hikmat dan Tabib
7. Mulut – Menteri lagi elok paras rupanya
8. Kaki – Menjadi penghantar raja-raja
9. Dadanya – Orang yang Tawaduk dan menurut amar Allah

Riwayat hadis ada menyatakan bahasanya pertama-pertama dijadikan Allah Talla itu seperti sembah Nabi Musa a.s, tetakala ia munajat demikian katanya “Hai TuhanKu apa yang pertama engkau jadikan daripada Mkahluk Mu,” Firmanya Ya Musa,

1. Pertama-pertama yang ku jadikan itu Nyawa Muhammad

2. Kemudian daripada itu maka kujadikan Daratul Biatah yang panjangnya sekira-kira 500 tahun perjalanan dan libarnya demikian juga.

3. Kemudian daripada itu maka ku jadikan 70,000 negeri dalam hawa yang berlapis-lapis yang tiap-tiap satu negeri itu daripada 70,000 lelaki tiada mereka itu daripada Manusia, jin dan Malaikat. Maka Firman Allah Taala, aku jadikan akan kamu makanan, maka mereka itu pun jadilah berbuat ibadat akan Allah Taala tiap-tiap seorang daripada mereka itu 70,000 tahun lamanya, adalah seorang daripada mereka itu berbuat derhaka akan daku maka aku hapuskan negerinya itu, setengah dengan setengah maka jadi binasalah semuanya.

4. Kemudian daripada itu aku jadikan pula 80,000 negeri kira-kiranya sepuluh kain dunia ini, bersalah-salahan selapisnya seperti antara langit dan bumi. Aku penuhkan segala negeri itu dengan biji ” Sawi” yang putih kemudian daripadanya seekor Akas maka kujadikan biji Sawi yang hijau, maka dimakan tiap setahun satu biji maka habislah ia maka Akas itu pun matilah ia.

5. Kemudian daripada itu aku jadikan 20,000 lelaki daripada cahaya, tiada dijadikan 2 lelaki dalam satu masa. Kemudian daripada itu aku jadikan Qalam dan Luh dan Aras dan Kursi. Dan 70 tahun kemudiannya aku jadikan segala Malaikat.

6. Kemudian daripada kira-kira 70,000 tahun maka kujadikan Syurga dan Neraka.

7. Kemudian daripada itu aku jadikan sesorang lelaki, aku namakan dia Adam, bukan bapa kamu ADAM itu hai Musa. Maka hiduplah lelaki ini kiranya 100,000 tahun lamanya dan matilah ia, kemudian aku jadikan lagi Adam dan mati dan sentiasalah aku jadikan Adam dan hidup tiap seorang Adam selama 100,000 tahun hingga ku jadikan 10,000 Adam lain daripada bapa kamu, kemudian daripada itu barulah aku jadikan bapa kamu iaitu ADAM itulah adanya wahai MUSA.

Kejadian 7 Petala Langit dan 7 Petala Bumi -II

Adapun kejadian itu dijadikan Allah Taala daripada “DaratullBaitoh”, seperti Firman Allah yang maksudnya, kami jadikan Tujuh petala bumi dan Tujuh petala langit dengan Kudrat Kami dan kami yang meluaskan dia, Firman Allah Taala yang maksudnya Allah Taala menjadikan tujuh petala bumi dan langit dalam 6 hari juga, permulaan pada hari Ahad dan kesudahan pada hari Jumaat dan ada dahulu daripada dijadikan langit dan bumi maka tetakala itu Aras diatas air Juga.

Dan Firman Allah lagi dalam al Quran yang maksudnya, Tuhan kmau itu menjadikan tujuh petala langit dan bumi dalam enam hari iaitu seperti hari di dunia in juga kira-kiranya kerana pada masa itu bulan dan matahari belum dijadikan.

Adapun jika dikehendaki Allah taala menjadikan tujuh petala langit dan bumi dengan sekejap mata jua kuasa ia, tetapi tiada dijadikan kerana yang demikian itu kerana hendak mengajar segala makhluk akan tamsil bicara mereka itu lagi memberikan ketetapan hati mereka itu. Tetakala dikehendaki Allah Taalah menjadikan tujuh petala langit itu dijadikan daripada asap air manikam itu tetekala naik hawanya maka jadilah langit maka firman Allah taala akan langit dan bumi, perbetullah kamu barang yang aku serahkan kepada kamu dengan barang yang kesukaan kamu dan keadaan kamu hai langit kelurakanlah oleh mu daripada matahari dan bulan dan segala bintang dan firmanya hai bumi terbitkan lah olehmu akan mata air dan sungai dan keluarkanlah olehmu akan tumbuhan dan buah-buahan, maka sembah keduanya hai tuhanku ku junjung titah mu. Maka dijadikan Allah taala tujuh petala langit dalam dua hari iaitu hari khamis dan tiga saat hari jumaat.

Tetakala di Tanya oleh sahabat akan Rasulullah demikian katanya, Ya Rasulullah ceritakan olehmu akan kami apa yang dijadikan Allah Taala didalam enam hari?. Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w bahawasanya

1. Allah Taala menjadikan segala bulan pada hari Ahad dan Isnin

2. Dijadikan segala bukit pada hari Selasa

3. Dan Menjadikan segala negeri dan sungai dan segala makanan pada hari Rabu

4. Dan menjadikan segala langit dan malaikat pada hari Khamis dan hingga dating tiga saat hari Jumaat, Maka dijadikan Allah dalam enam saat pertama pada Sembilan itu tiga saat segala ajal, tiga saat kesudahannya dijadikan Adam a.s.

Kata Kaab Al Jabar, bahawasanya Allah Taala menjadikan sekelian itu dalam enam hari jua, satu hari bulat langit, satu hari dirupakan akan dia dan Bumi satu hari bulat dan satu hari dirupakan akan dia, lalu seperti langit dan bumi, kemudian dijadikan segala bintang dan matahari dan bulan dan lainnya. Adalah permulaan kejadian itu adalah pada hari ahad hingga dating hari jumaat dan dinamakan hari jumaat itu kerana perhimpunan kejadian didalamnya.

Kejadian 7 Petala Langit dan 7 Petala Bumi - III

Dan pada suatu riwayat ada menyatakan, sembah Abdyllah bin Abdul Salam katanya kepada Rasulullah, Hai Rasulullah ceritakan kepada hamba daripada apa dijadikan Allah akan bumi, maka sabda Nabi s.a.w daripada buih laut, dan buih itu daripada ombak, ombak daripada laut.

Dan bumi ini yang menetapkan dia daripada bukit Koofa yang dijadikan daripada Zamrud yang hijau dan tingginya 500 tahun perjalanan dan kelilingnya selama 2000 tahun perjalanan dan di belakang Bukit Koofa itu 70 bumi daripada Kasturi, 70 bumi daripada Kapur, 70 bumi daripada Anbar, 70 bumi daripada Emas, 70 bumi daripada Perak, 70 bumi daripada besi dan dibelakang bumi itu 70,000 alam, maka tiap-tiap alam itu berisi dengan Malaikat, tiada siapa yang mengetahui bilangannya hanya Ia juga.

Dan tiada ia mengetahui akan kejadian anak Adam dan Iblis melainkan ianya sentiasa bertasbih dengan Kalimah Syahadah. Dan di belakang segala alam itu mengelilingi alam itu Ular. Kemudian kata Abdullah bi Abdul Salam kepada Rasulullah s.a.w, ceritakan kepada hamba segala yang mendiami Bumi ya Rasulullah.

Sabda baginda adapun yang ada daripada bumi yang ketujuh lapis itu beberapa malaikat dan bumi yang keepat lapis itu beberapa daripada segala Ular dan ketiga lapis itu beberapa daripada Kala dan yang kedua lapis itu beberapa daripada Jin, dan bumi lapis pertama itu beberapa daripada segala Manusia, dan sekeling bumi itu diatas lembu, yang sifatnya empat kepala dan antara kepala itu 100 tahun perjalanan, lembu itu diatas batu yang terhantar, dan batu itu di belakang ikan, dan ikan itu diatas laut, dan laut itu kira-kira seribu tahun perjalanan, dan air laut itu diatas angina, dan angin itu diatas Zulumat, dan Zulumat itu diatas neraka Jahanam dan neraka jahanam itu dibawah Nuri dan tiada siapa yang mengetahui apa yang diatas nuri itu melainkan IaNya Jua……..



Kejadian 7 Petala Langit and 7 Petala Bumi - IV

Telah berkata Nabi s.a.w awal-awal yang dijadikan Allah Taala itu Cahaya-Ku, maka cahaya ku itupun sujud bagi Allah Taala, maka firmanNya hai Nur Muhammad daripadaku, sujudlah engkau selama 100,000 tahun maka cahayaku pun sujud selama 100,000 tahun lamanya. Kemudian maka firman Allah Taala, Hai Nur Muhammad bangkitlah engkau dengan firman ku, maka ia bangkitlah ia daripada sujudnya, maka firmannya lagi hai Nur Muhammad bagi ummat mu ku fardukan sembahayang lima waktu dengan dia.

Se-bermula kejadian cahaya ku itu maka dijadikan Allah Taala bagi seekor burung yang indah rupanya, daripada burung itu, bermula:-

Kepalanya Amirrul Mukminin Ali r.a.h,
Mata kirinya Amirull Mukminin Hassan r.a.h dan
Lehernya itu Siti Fatimah r.a.h dan
Lengan yang kanan itu Syaidina Abu Bakar r.a.h dan
Lengan yang kiri itu Syaidina Omar r.a.h dan
Ekor burung itu Amirrul Mukminin Osman r.a.h
Dada burung itu Syaidinna Hamzah r.a.h
Kanan burung itu Siti Khadijah r.a.h
Kiri burung itu Siti Aysiah r.ah
Kemudian firman Allah taala Hai Nur Kekasih ku, ku jadikan tujuh laut:-

Pertamanya Laut Ilmu
Kedua Laut Latiff
Ketiga Laut Sabar
Keempat Laut Akal
Kelima Laut Fikir
Keenam Laut Rahmat
Keetujuh Laut Cahaya

Kemudian firman Allah taala hai cahaya ku Nur Muhammad kekasihku pergilah engkau kepada sekelian laut itu 100,000 tahun engkau berenanglah, maka Nur Muhammad itupun pergilah. Firman Allah lagi taala keluarlah engkau daripada laut, maka Nur Muhammad itupun keluar daripada sekelian laut. Firman Allah lagi Hai Nur Muhammad engkau gerakkan dirimu, maka keluarlah air peluhnya.

Bermula dua titis air daripada Mata Cahayaku yang Kanan, titisan pertama menjadikan Allah Taala akan Jibril a.s dan titisan yang kedua menjadikan Mikail.
Dua titisan daripada titik air mata Cahayaku yang kiri itu, setitik yang pertama menjadikan Allah Taala akan israfil a.s dan daripada titik yang kedua menjadikan Allah taala akan Izrail a.s.

Dan dua titis daripada telinga Cahayaku yang kanan itu setitk yang pertama menjadikan Allah Taala akan Luh Mahfus dan titisan yang kedua menjadikan Allah Taala akan Qalam.
Dan dua titis daripada telinga Cahayaku yang kiri itutitisan yang pertama menjadikan Allah Taala akan Arash dan titisan yang kedua itu Kursy.

Dan delapan titis daripada hidung Cahayaku menjadikan lapan pangkat syurga dengan isinya.

Dua titis air daripada leher Cahayaku menjadikan Allah Taala akan Matahari dan titis yang kedua Bulan.

Dan lima titisan daripada tangan Cahayaku yang kanan, titis yang pertama menjadikan Allah akan angina Har-har, titisan kedua angina Par-Par, titisan ketiga angina Rafak, titisan yang keempat angina Sirrul Insan dan titisan yang kelima menjadikan Allah Taala akan roh yang lain.
Dan lima titisan daripada tangan Cahayaku yang kiri, titis yang pertama menjadikan Allah taala akan Sirratul Muntaha, titis yang kedua menjadikan Allah taala akan pohon kayu Daufi, dan titis yang ketiga akan Sungai KalKausar, titis yang keempat menjadikan akan “Hattamun Sulaiman a.s” dan titis yang kelima menjadikan Allah Taala akan Maqam Ibrahim.

Kemudian maka adalah Allah taala menjadikan empat unsur daripada empat perkara, yang pertama itu Air, kedua Api, dan yang ketiga Angin dan yang keempat Tanah. Maka firman Allah taala Hai Nur Muhammad, empat perkara ini kujadikan kerana mu,

Maka Nur Muhammad pun pergilah kepada Angin dengan Izin Allah taala, maka dilihat oleh Nur Muhammad itu kepada Angin itu sangat membesarkan dirinya, lantas Nur Muhammad pun memberi salam dan bertanya kepada Angin, wahai Angin mengapa engkau membesarkan diri engkau, maka sahut Angin siapa engkau maka sahut Nur Muhammad aku seorang hamba Allah, Angin pun berkata yang ia juga hamba yang daif, maka ujar Nur Muhammad mengapa engkau sangat membesarkan dirimu, jawab Angin aku berbuat barang sekehandak ku. Jawab Nur Muhammad engkau Angin tidak dapat berbuat sekehandakmu kerana engkau hamba orang pelayaran kerana seorang manusia pun tidak nampak akan engkau, kemudian jawab angin engkau jua tiada cela. Maka Nur Muhammad pun mengucap Istifar kepada Tuhan yang Maha Besar lagi Maha Kuasa serta memohon keampunan dan mengakui dirinya yang lemah dan daif. Maka Angin itupun tahulah ia akan Nur Muhammad itu hamba lagi persuruhnya. Kata Angin hai Nur Muhammad aku percaya akan dikau maka wajiblah bagiku masuk akan agama mu dan ajarkanlah olehmu Kalimah Syahadat selama-lamanya untuk ku.

Maka Nur Muhammad itupun pergi kepada Api, dan dilihatnya api itu terlalu gembira dan membesarkan dirinya, lalu ia memberi salam dan bertanya hai Api mengapa engkau sangat-samgat membesarkan diri dan sangat akan gembiranya. Maka jawab Api siapa engkau, jawab Nur Muhammad aku hamba Allah maka aku hamba yang hina, Nur Muhammad bertanya lagi mengapa engkau terlalu gembira dan membesarkan diri, maka ujar api aku berbuat sekehandakku, kata Nur Muhammad adakah dirimu itu celaka atau tiada, jawab api celaka juga, maka kata Nur Muhammad api yang membunuh itu air dan menyucikan engkau itu angin, maka kata api engkau sahaja yang tiada cela, maka Nur Muhammad pun mengucap Tasbih dan Istifar kepada Tuhan yang Maha Kuasa dan tiada sekutu baginya. Maka api itupun tahu yang Nur Muhammad itu Hamba Allah lagi persuruhnya, kemudian mengajarkan Nur Muhammad akan Kalimah Syahadah kepada api atas kehendaknya.

Kemudian Nur Muhammad pun pergi kepada Air dan dilihatnya air itu dalam keadaan terlalu gembira dan membesar-besarkan dirinya. Lantas memberi salam Nur Muhammad kepada air dan bertanya mengapakah engkau terlalu gembira dan membesarkan diri, jawab air siapakah engkau, jawab Nur Muhammad akulah hamba Allah yang lemah lagi daif, bertanya lagi Nur Muhammad mengapa engkau membesarkan dirimu, jawab air aku berbuat sekehandak ku, Tanya Nur Muhammad lagi mengapa begitu sedangkan engkau mempunyai cela iaitu membasuh cemar-cemar segala najis, maka ujar air engkau jua yang tiada cela, Maka Nur Muhammad itu beristifat kepada Tuhan yang kuasa lagi maha tinggi dan mengajarkan air kalimah Syahadaah seperti mana yang air pinta.

Kemudian Nur Muhammad itu pun pergi kepada Tanah dan meberi salam ia dan dijawab oleh tanah serta katanya Ya Nur Muhammad. Dilihat Nur Muhammad tanah itu merendahkan diri dengan tangannya yang takzimnya serta berkata hai Nur Muhammad terlalu Maha Baik segala aturan tuan hamba kepada Hadrat Allah Taala, maka Nur Muhammad itu lalu dipeluk dan diciumnya maka dibawa persembah kepada hadrat Allah Taala, Ya Rob Ya Maulana, Ya tuhanku dan terlebih tahu engkau wahai tuhanku bahawa Tanah itu hambamu yang pilihannya, kerana keempat itu aku sertakan dengan hambamu yang daif ya Tuhanku. Inilah Nabi Allah ADAM a.s dijadikan Allah Taala daripada emapt tabiat itu, dan segala manusia itu setengah tabiat api, angin, air dan tabiat tanah.

Maka sabda Nabi s.a.s barang siapa daripada ummatku ada menaruh peri kejadian cahayaku ini atau membaca dia dari permulaan sehingga datang kesudahannya bahwasanya Allah Taala anugrahkan ia daripada kebajikan pahala seperti membaca empat buah kita yang pertama Taurat, Injil Zabur dan AlQuran, dan lagi pahalanya seperti empat Malaikat yang Mukoribbin iaitu Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail dan lagi seperti orang yang naik haji ke Biatullah, tujuh orang yang mati syahid dalam perang sabilillah pahalanya. Barang siapa menaruh atau membaca akan dia, tiada berpindah daripada didalam dunia jikalau belum melihat akan tempatnya di dalam Syurga… Insyallah..
 
Loh Mahfos

Adapun Loh Mahfos itu dijadikan Allah Taala daripada mutiara yang putih dan kedua tepinya daripada Yakut yang Merah dan kepalanya dari manikam yang langit dan bumi dan besarnya seperti antara merah dan panjangnya seperti antara Musyrik dan Maghrib, maka adalah tersurat didalamnya daripada segala nasib hamba Allah taala yang banyak dan berbahagialah bagi yang berbahagia dan celakalah bagi yang celaka daripada Azali ke badan. Syahdan bahawasanya Loh Mahfos itu hanya sebelah sahaja yang dapat dilihat oleh Izrail dan yang sebelah lagi tiada siapa yang mengetahui hanya Allah Taala jua yang mengetahui.

Qalam.

Adapun Qalam itu dijadikan Allah Taala daripada Nur dan panjangnya seperti antara Langit dan Bumi, dan pada satu riwayat ada menyatakan bahawa panjang Qalam itu kira-kira 500 tahun perjalanan dan bulatnya demikian juga. Dan adalah baginya delapan puluh belahan dan keluar daripadanya dakwat selang-selang daripada belahnya itu sekelian. Maka Firman Allah Taala akan dia Hai Qalam surat olehmu dan demi didengar firman Allah Taala demikian itu maka ia gementarlah lalu ia mengucapkan tasbih baginya. Maka tetakala itulah ia terbelah daripada kerana sangat hebat ia mendengar firman Allah. Dan firman Allah lagi Hai Qalam surat oleh mu akan dia daripada barang yang dijadikan dan barang yang lagi aka dia hingga ke hari Kiamat. Maka Qalam menyurat seperti barang yang dilakukan Allah Taala daripada bahagia segala yang bahagianya dan celaka daripada segala yang celaka dan barang yang dikehendaki Allah Taala.

Arash.

Adapun Arash itu dijadikan Allah Taala daripada Manikam yang hijau dan adalah terlebih besar daripada segala yang dijadikan Allah Taala seperti khabar daripada Jaafar ia mendengar daripada neneknya katanya” adalah Arash itu empat ribu tiang dan bahawasanya antara satu tiang kepada satu tiang itu kira-kira terbang burung yang pantas 30,000 tahun tiada sampai ia. Adalah bagi Arash itu tujuh puluh ribu lidah mengucap tasbih ia akan Allah Taala dengan berbagai-bagai bunyinya dan di hiaskan akan Aras itu pada tiap-tiap hari tujuh puluh warna daripada Nur, maka tiada kuasa menilik kepadanya seorang juga daripada makhluk dan jika dibandingkan dengan yang lain daripada Arash itu maka adalah seperti umpama satu zarah yang dicampak pada yang dipandang juga.

Kata Kaab Al-Jabar bahawasanya Allah Taala menjadikan seekor ular yang bernama Hayatul Kubri dan adalah ia mengelilingi Arash dengan tiga belok. Maka kepalanya daripada mutiara yang putih dan tubuhnya daripada emas yang Merah dan kedua matanya daripada Yakut dan besarnya tiada seorang jua yang mengetahui hanya Allah sahaja yang mengetahui. Jika dikelurakan daripada Arash sampai kepada Tujuh petala bumi hingga kepusatnya tiada sampai juga. Dan pada tiap-tiap bulu sayapnya itu seorang Malaikat mengucap tasbih kepada Allah s.w.t.

Kata Wahab bin Munih bahawasanya didalam Arash itu empat sungai, pertama daripada sungai mutiara yang gemilang, kedua sungai putih airnya daripada susu dan kursi daripada mutiara dan anak batunya daripada yakut yang merah, ketiga sungai daripada yang berkeladak putih airnya seperti susu yang amat putih, keempat sungai yang mengalir airnya dan adalah ia dibawahnya itu suatu, maka ialah diturunkan Allah Taala Roh segala yang bernyawa dan daripadanya turun hujan dengan Izin Allah Taala maka jadi hujan langit hingga sampai satu tempat yang bernama Ibzam. Maka dititahkan Allah s.a.t akan awan itu menurunkan hujan maka tiada turun setitik daripada hujan melainkan adalah sertanya seorang daripada malaikat, maka dihantarkan malaikat itu daripada titik air hujan itu kepada tempatnya. Maka tiada turn air hujan setitik melainkan ianya disukat dan di timbang, kecuali pada taufan Nabi Allah Nuh a.s. Kata Syaidina Ali r.h.a, adalah pada langit itu satu pintu yang bernama Majroub daripada pintu itulah tempat tutunya segala malaikat dan daripada pintu itu turun air masa taufan Nabi Allah Nuh a.s

Adapun malaikat yang mennangung Arash itu empat orang jua adanya dan Israfil itulah yang terlebih hampir daripada segala malaikat kepada Allah taala, maka ditambah pula Malaikat yang menangung Arash itu pada hari kiamat itu empat orang jadi lapan orang seperti firman didalam Alquran yang ertinya Yang menangung Arash Tuhanmu ya Muhammad pada hari Kiamat itu lapan orang malaikat. Dan rupa mereka itu seperti kambing hutan dan ada bagi mereka itu tanduk dan adalah antara tanduk kepada tanduk yang lain kira-kira 600 tahun perjalanan dan adalah Arash itu diatas tanduk mereka itu. Dan antara telinga dan batang leher kira-kira 600 tahun perjalanan dan adalah antara mulutnya dan dua tapak kakinya kira-kira 500 tahun perjalanan.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w kepada aku yang ertinya Hai Jabar hampirlah kamu kepada ku, aku hendak menceritakan akan segala malaikat yang menanggung Arash, adalah antara cuping telinga dan batang lehernya adalah sekira-kira 700 tahun perjalanan dan lagi kata Mujahad, adalah antara langit yang ketujuh dan Arash itu hijab daripada Zulumat dan satu hijab daripada Nur dan satu hijab daripada Zulumat pula dan Malaikat yang menaggung Arash itu Tawaf seperti kata Wahab, adalah segala Malaikat itu tawaf megelilingi Arash itu 70,000 shaf iaitu satu shaf di belakang satu shaf. Apabila berhadapan sesetangahnya maka setengah mereka mengucap takbir dan adalah dibelakang mereka itu 70,000 shaft pada Malaikat yang berdiri dan adalah tangan mereka itu pada lehernya, apabila mereka akan takbir dan tahlil maka mereka itupun menyaringkan suaranya. Dan adapun di belakang shaf mereka itu seratus shaf daripada Malaikat dan dihantarkan tangan kanan diatas tangan kiri, tiada seorang melainkan mengucap ia akan tasbih dan tahmid dengan berlainan bunyi. Maka didingkan Allah Taala daripada segala Malaikat yang menanggung Arash itu dengan 70 hijab daripada Api dan 70 hijab daripada Zulumat dan 70 hijab daripada Nur, 70 hijab daripada Mutiara yang merah dan 70 hijab daripada Yakut yang merah 70 hijab daripada Zamrud yang hijau, 70 hijab daripada air beku dan 70 hijab daripada yang lainnya tidak diketahui bilangannya hanya Allah jua.

Adapun Malaikat yang menanggun arash itu mengelilingi ia dengan empat muka, yang pertama mukanya seperti lembu, kedua seperti muka harimau, ketiga seperti muka Rajawali dan keempat seperti muka manusia. Dan adalah bagi mereka itu empat sayap dan dua sayap itu digunakan untuk menutup ia akan dirinya daripada menulik Arash takut pengsan ia, dan 2 sayap lagi dikembangkan tiada berkata-kata melainkan mengucapkan tasbih dan tahmid semata.

Shahdan, dibawah Arash itu Malaikat yang menyerupai Rajawali, seperti rupa ular dan di bawah Arash itu seekor ayam jantan yang putih bulunya, hijau dan lagi belang dan dua matanya daripada Yakut yang merah dan tengkoknya dan dua kakinya daripada emas dan 2 kakinya sampai 7 lapis bumi yang di bawah dan lehernya berlipat lemak dibawah Arash, Inilah kata Nabi s.a.w akan ayam putih itu kekasihku, hikmat Allah menjadikan Arash adalah untuk menjadi Kiblat para Malaikat.
Al - Kursy

Adapun Kursy itu dijadikan Allah Taala daripada Zamrud yang Hijau dan adalah baginya empat tiang, tiap satu tiang luasnya seperti tujuh petala bumi dan langit. Dan Malaikat yang menangung Kursy itu empat orang dan seorang itu berupa Adam dan itulah yang memohon rezeki kepada Allah bagi anak Adam. Dan yang berupa Rajawali itu memohon rezeki bagi sekelian angkas, dan yang berupa Harimau itu memohon rezeki bagi binatang yang buas dan yang terakhir berupa dengan rupa Lembu dan itulah Malaikat yang memohon rezeki bagi binatang yang jinak.

Syurga

Kata setengah daripada ulamak bahawa Syurga itu pintunya daripada permata yang merah, kemudian Janatul Firdaus itu daripada emas yang merah, Janatul Makwa itu daripada Zamrud yang hijau, Janatul Adnan itu daripada Mutiara. Kata sesetengah ulamak bahawasanya Syurga itu lapan perkara iaitu:-
1. Darul Janah dan satu riwayat menyatakan Darul Jalal namanya daripada mutiara yang putih, iaitu tempat bagi segala hamba yang taubat,
 
2. Darul Salam namanya iaitu daripada Yakut yang Merah, tempat hamba yang sabra baginya.
3. Janatul Makwa namanya iaitu daripada Zarbajad yang Hijau, tempat bagi orang yang sangat takut kepada Tuhannya.

4. Janatul AlKhalad namanya iaitu daripada Qalam yang merah dan pada satu riwayat daripada emas yang merah itulah tempat bagi hamba yang takut kepada Allah Taala.

5. Janatul naim namanya iaitu daripada Perak yang putih itulah tempat bagi hambanya yang kasih saying kepada Tuhannya.

6. Janatul Firdaus iaitu daripada emas yang merah itulah tempat kediaman sekelian hamba yang redo akan Qada.

7. Janatul Darul Qubra daripada Kasturi yang amat harum baunya itulah tempat sekelian hambanya yang Kasih akan Tuhan.

8. Janatul Adnan iaitu daripada mutiara yang putih itulah tempat tinggal bagi hambanya yang kenal dengan sebenar kenal akan Tuhannya dan juga dirinya.

Seperti Firman Allah taala didalam AlQuran yang maksudnya bahawasanya Allah Taala menjadikan Syurga Janatul Adnan itu dengan tangan kudratnya danmenanamkan pohon kayu Dauithfi itu dengan tangan kudratnya dan menjadikan ADAM itu dengan tangan kudratnya dan menyurat Taurat itu dengan tangan Kudratnya.

Awan.

Adapun awan itu kejadian daripada tubuh yang latif dan tempat kediamnya itu diudara seperti katat Ibnu Abbas, adapun awan itu bertubuh yang latif duduknya di awan dan menjadi tentera Malaikat Mikail dan apabila di suruhnya hampir ia kepada bumi maka jadi kelamlah awan itu, apabila di suruh naik tinggi ke udara jadi jernihlah awan itu, maka apabila dikehendaki akan hujan pada suatu pihak bumi maka dititahkan Allah s.w.t akan segala Malaikat yang mengawal awan itu menghampiri akan dia kepada pihak bumi, maka jadilah hujan kepada pihak bumi itu. Dan jika tiada hampir awan itu kepada pihak bumi nescaya tiadalah hujan di kawasan itu.
Sejuk, air beku dan embun

Adapun segala perkara itu dijadikan Allah Taala suatu bukit yang sejuk dan air beku tiada mengetahui besanya itu hanya Allah taala juga yang mengetahui dan mengawali seorang Malaikat, apabila dikehendaki Allah taala menurunkan sejuk kepada pihak bumi, maka Malaikat itu pun menurunkan dia dan jadilah embun dan hujan batu di sana dengan izin Allah dan tiada diturunkan setiti embuk itu melainkan disukat dan ditimbangnya.

Kilat Halilitar dan Guruh.

Kata Ibnu Abbas bahawasanya datang sesorang bertanya kepada Rasulullah, katanya Ya Rasulullah ceritakan hamba kejadian kilat halilitar dan guruh, Maka jawab Rasulullah, Satu Malaikat yang megawali awan da pada tanganya beberapa cemati daripada api, maka dipalunya akan awan itu dengan cemati, itulah guruh dan kilat, maka sembahnya ya Rasulullah suara siapa yang berbunyi itu,
maka sabdanya iaitu suara seorang malaikat bernama Malik Ar road dan kata Syaidina ali k.a.h.w.h bahawasanya kilat itu palu Malaikat akan awan dengan beberapa cemati daripada besi dan guruh itu suara daripada tasbih Malaikat tetaka memarahi akan awan dan bertasbih apabila bersalahan awan itu dengan dia lalu bertempiklah ia dengan suara yang amat keras lalu di hamburlah daripadanya api maka jadilah kilat dan halilitar.

No comments:

Post a Comment